fbpx
ASEAN KLCC. Gambar Hiasan

[VIDEO] ASEAN ke-47: Paluan gendang Cina sambut ketibaan pemimpin dunia di KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang membuka tirai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini terus dimeriahkan dengan ketibaan barisan pemimpin dunia bagi memberi sokongan kepada Kepengerusian Malaysia terhadap blok serantau itu.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di pekarangan KLCC setakat pukul 8 pagi tadi, beberapa pemimpin global telah tiba bagi menyertai persidangan ini termasuk Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Selain itu, beberapa pemimpin ASEAN juga telah tiba di KLCC bagi menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijangka dimulakan seawal pukul 8.30 pagi. Selain itu, tumpuan utama hari ini akan difokuskan kepada kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dijangka menyaksikan pemeterian deklarasi antara Kemboja dan Thailand selain menyertai Sidang ASEAN- Amerika Syarikat.

Antara pemimpin negara bakal hadir pada sidang kali ini ialah Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva bersama isteri Rosangela Lula da Silva, Naib Perdana Menteri China, He Lifeng, Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa dan isteri Dr. Tshepo Motsepe, serta Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmao.

Pemimpin dunia lain dijangka berhimpun di KLCC hujung minggu ini termasuk Perdana Menteri China, Li Qiang, Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa dan Perdana Menteri wanita pertama Jepun, Sanae Takaichi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI