fbpx
Hantaran seorang wanita di Facebook mengenai kesilapan gambar lelaki pada kad nikahnya yang tular kelmarin.

Wanita kongsi kad nikah dua ‘suami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang wanita berkongsi kad nikah miliknya yang memaparkan wajah dua lelaki berbeza sehingga meraih perhatian orang ramai selepas hantaran itu tular di media sosial sejak kelmarin.

Pemilik Facebook, Farehanim Syukhairiyah menulis hantaran berbunyi “Kita bukan setakat salah tarikh nikah, kita salah orang dekat kad nikah siap, relax saja, akal dia tu.”

Pada dua kad nikah itu terdapat gambar wanita sama, namun wajah kedua-dua lelaki berbeza dengan salah satunya merupakan suaminya yang sebenar. Wanita itu mendakwa, perkara itu terjadi disebabkan kesilapan teknikal pejabat agama dalam mengeluarkan dokumen tersebut.

Bagaimanapun kad baharu dengan wajah suami sebenar telah dikeluarkan semula.

Meninjau di ruangan komen, wanita itu memberitahu, dia tidak mengenali lelaki pada kad nikah tersebut sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada kakitangan pejabat agama.

“Tak kenal pun, ada ka patut. Cakap kat staf pejabat agama ini bukan suami saya,” katanya ketika membalas pertanyaan daripada netizen.

Selain itu, terdapat pengguna media sosial lain meninggalkan komen berbunyi “Ini kalau pengantin perempuan yang salah gambar, mau Perang Dunia ke-3.”

Menjawab pertanyaan yang mana satu suaminya, wanita itu menjelaskan, gambar pada kad nikah di bahagian atas adalah betul.

“Yang atas betul, yang bawah tak tahu siapa yang dia ‘match’kan (pasangkan),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI