fbpx
Pesawat dua tempat duduk itu terhempas di Taman Heartwell, bandar Long Beach pada Selasa lalu. - ABC30

Wanita cedera dilanggar kapal terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONG BEACH, CALIFORNIA – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) pendengaran cedera akibat dilanggar  pesawat ringan yang terhempas di sebuah padang bola sepak di negeri California, lapor portal berita ABC30. 

Kejadian berlaku di Taman Heartwell berhampiran Jalan Carson dan Clark Avenue, petang Selasa lalu. 

Tiffany Harrison dilaporkan membawa anjing peliharaannya bersiar-siar di padang tersebut sebelum dilanggar pesawat. 

Saudara perempuan mangsa, Brittany McFall memberitahu bahawa Harrison tergolong OKU pekak dan tidak mendengar bunyi pesawat semasa ia terhempas. 

“Saudara saya terpaksa menjalani dua pemindahan darah kerana kesan luka dalam pada kakinya. 

“Tulang pelvisnya  patah termasuk tulang belakangnya di beberapa bahagian. Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk kecederaan itu,” kata McFall. 

Pesawat dua tempat duduk itu masih berada di tempat kejadian sementara pihak berkuasa meneruskan siasatan. 

Pengurus hangar di Lapangan Terbang Compton/Woodley, Dennis Lord berkata, pesawat itu dalam perjalanan ke Lembah Perancis sebelum terhempas di Long Beach akibat masalah enjin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI