fbpx
Tangkap layar kejadian di Jalan Merbuk, Puchong yang tular baru-baru ini.

[VIDEO] Pemandu Almera dipanggil bantu siasatan kes pandu melulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Polis mengesan pemandu kereta jenis Nissan Almera bagi membantu siasatan kes memandu secara melulu di Jalan Merbuk, Puchong, Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 27 Julai kira-kira pukul 3.32 petang.

Beliau berkata, ini selepas seorang lelaki berusia 36 tahun tampil membuat laporan kerana berasa tidak selamat dengan tindakan pemandu terbabit. Katanya, pengadu yang memandu kereta Perodua Myvi mendakwa pemandu Nissan Almera memandu secara berbahaya, namun tiada kemalangan berlaku.

“Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana tiada perlanggaran berlaku pada masa kejadian. Namun, hasil semakan mendapati satu rakaman video ‘dashcam’ berdurasi tiga minit tular hari ini, memaparkan tindakan pemandu Almera memandu secara melulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, rakaman itu menunjukkan suspek memotong secara berbahaya, melanggar lampu isyarat dan memandu melawan arus di Jalan Merbuk, Puchong.

“Pihak polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan dan akan memanggil individu terbabit bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI