IPOH – Terdapat golongan ibu tunggal mengakui mereka bergelut membesarkan anak-anak termasuk terpaksa menumpang di rumah saudara gara-gara sikap bekas suami enggan membayar nafkah. Seorang kerani dikenali sebagai Shima, 44, berkata, dia membesarkan tiga anak berusia lima hingga 14 tahun seorang diri selepas berpisah dengan pasangannya empat tahun lalu. “Sepanjang tempoh itu, bekas suami tidak membayar nafkah dengan alasan saya bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, sedangkan gaji yang diperoleh cuma RM2,100. “Dengan pendapatan sebanyak itu, mana mampu saya hendak besarkan……














