fbpx
TUNKU Mahkota Ismail memaklumkan AFC mendedahkan aduan berkenaan bukan dilakukan oleh pihak VFF. - IQBAL ROSLI

Persoalan tentang pengadu sebenar masih belum terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persoalan mengenai individu sebenar yang membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai tujuh pemain warisan Harimau Malaya masih kekal menjadi perkara misteri.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menjelaskan makluman yang diperolehi daripada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) mendedahkan aduan berkenaan bukan dilakukan oleh Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

“Saya diberitahu oleh AFC, selepas kita menang melawan Vietnam, ada satu aduan namun saya tidak tahu aduan itu dari siapa. Apabila saya bertanya kepada AFC, mereka katakan kepada saya bahawa aduan itu tidak datang dari Vietnam FA (VFF).

“Seseorang dari Vietnam, tetapi bukan FA. Jadi kita tidak tahu, bukan Setiausaha Agung VFF, bukan presiden. Itulah yang saya diberitahu,” katanya.

Menerusi laporan rasmi FIFA bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision” sebelum ini, badan induk bola sepak dunia itu menjelaskan butiran penuh berhubung hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan.

Pemain berkenaan adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Alejandro Hevel.

FAM kini sudah pun mengemukakan rayuan kepada FIFA dan jawapan dijangka akan dapat diketahui Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI