fbpx
Saarani (tengah) ketika melakukan lawatan ke PPS SK Matang Gelugor di Bukit Gantang hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

Pembaikan infrastruktur terjejas diberi keutamaan – MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT GANTANG – Kerajaan negeri Perak memberi keutamaan kepada usaha membaik pulih infrastruktur yang rosak di kawasan banjir yang menyaksikan beberapa jalan dan titi runtuh serta menjejaskan hubungan penduduk setempat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Pejabat Daerah akan mengadakan mesyuarat pasca bencana bagi menilai tahap kerosakan melibatkan jalan, titi dan rumah penduduk sebelum tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata, walaupun sukar untuk mendapatkan peruntukan pada penghujung tahun, kerajaan negeri akan memohon bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang mempunyai peruntukan khas bagi membantu membiayai kerja-kerja pembaikan segera.

“Keutamaan akan diberikan kepada projek yang memerlukan tindakan segera, terutama yang melibatkan kemudahan asas penting kepada penduduk.

“Hasil tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) mendapati mangsa banjir berada dalam keadaan baik dan tidak merungut, malah kebajikan mereka dijaga rapi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke PPS Sekolah Kebangsaan Katang Gelugor di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI