fbpx
Pekerja Wangsa Belati menggunakan penyukat air bagi menentukan ke dalaman paras air di Jalan Persekutuan di Kampung Dew, Taiping hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

Mangsa banjir di Perak meningkat, empat daerah kekal terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 2,973 orang daripada 1,010 keluarga, berbanding 2,922 mangsa (993 keluarga) setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, jumlah PPS kekal di 26 lokasi melibatkan empat daerah utama iaitu Larut, Matang dan Selama (LMS), Manjung, Perak Tengah dan Kerian.

“Daerah LMS masih mencatat angka tertinggi dengan 2,065 mangsa daripada 726 keluarga di 19 PPS, meningkat sedikit berbanding 2,051 mangsa daripada 721 keluarga semalam. “Antara PPS yang kekal beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan Simpang, Masjid Al-Wusta Batu 8, Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor dan ADTEC Taiping,” katanya di sini hari ini.

Katanya, di Manjung pula, jumlah mangsa turut menunjukkan peningkatan kepada 597 orang (196 keluarga) berbanding 570 orang (187 keluarga) sebelum ini, manakala di Perak Tengah, jumlah kekal hampir sama dengan 110 mangsa (31 keluarga) berbanding 105 mangsa (31 keluarga) semalam.

“Bagi daerah Kerian, jumlah penduduk terjejas meningkat sedikit kepada 201 mangsa (57 keluarga) berbanding 196 mangsa (54 keluarga) sehari sebelumnya.

“Dua PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan Kampung Dew, Simpang Empat Semanggol dan Dewan Orang Ramai Kampung Jaya, Semanggol,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI