fbpx
Trump

Malaysia negara Asia Tenggara pertama pilihan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26 hingga 27 Oktober atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN.

Kunjungan Trump ke Malaysia selama dua hari dibuat bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-13 dan Sidang
Kemuncak Asia Timur ke-20 selain Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Wisma Putra berkata, ia merupakan lawatan sulung Trump ke rantau Asia Tenggara sejak terpilih sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat pada Januari lalu. “Anwar dan Trump dijadual mengadakan mesyuarat dua hala pada 26 Oktober selain kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Ia turut melibatkan bidang pertahanan dan keselamatan serta hubungan antara rakyat selaras dengan Perkongsian Komprehensif Malaysia-Amerika Syarikat,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, kedua-dua pemimpin turut dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Katanya, kedua-dua pemimpin juga dijangka menandatangani beberapa dokumen penting yang meliputi bidang perdagangan dan keselamatan.

Dalam konteks ini, lawatan rasmi itu diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat serta membuka lembaran baharu ke arah peningkatan tahap hubungan dua hala yang lebih strategik.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat kekal kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1957.

Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagang serta pelabur terbesar
Malaysia dengan nilai dagangan pada tahun 2024 berjumlah RM324.91 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI