fbpx
Mohamad ketika sidang akhbar pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

Malaysia harap dapat muktamad perjanjian perdagangan dengan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia berharap Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung esok dapat memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun, perkara tersebut berada di bawah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menurutnya, setakat ini, Malaysia menikmati tarif 19 peratus dan tarif sifar bagi sektor elektrikal dan elektronik (E&E). “Kami berharap kita dapat memuktamadkan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

“Memandangkan 60 peratus daripada eksport Malaysia ke AS adalah dalam bentuk E&E jadi, jika dapat mengekalkan keadaan itu, kami amat berpuas hati,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, sebarang isu atau konflik perdagangan dan tarif tidak dibincangkan dalam mesyuarat kali ini dan berpandangan adalah lebih baik setiap negara mempunyai pendirian sendiri selain berurusan secara langsung dengan AS.

“Saya percaya Presiden AS (Trump) lebih selesa berurusan secara dua hala berbanding pelbagai hala. Oleh itu, tiada kenyataan bersama akan dikeluarkan ASEAN mengenai isu berkenaan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, ASEAN kini berada dalam peringkat akhir rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU).

“Saya berpendapat kami sedang mencapai kemajuan yang sangat baik dan berharap ia dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI