fbpx
SEBAHAGIAN aksi menarik pertemuan antara Kuching City dan Penang FC yang berkesudahan 1-1 di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Liga Super: Penang FC raih satu mata dari Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUCHING – Hasrat Kuching City untuk meraih kemenangan keenam berturut-turut tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Satu mata yang diraih kali ini menjadi habuan bermakna buat Penang FC yang kini mula menyerlahkan aksi lebih baik.

Terdahulu, pelawat terlebih dulu berada di depan menerusi penyudah sempurna oleh penyerang importnya, Tchetche Kipre seawal minit ke-13.

Jaringan itu nyata membangkitkan lagi semangat juang tuan rumah yang akhirnya memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan penalti Ronald Ngah pada masa kecederaan babak pertama.

Walaupun turut dihidangkan beberapa lagi peluang terbaik, hasrat The Cats untuk memastikan tiga mata penuh tidak kesampaian dan ia beri pengajaran berguna sebelum melayan kunjungan Terengganu pada aksi kedua suku akhir Piala FA, Selasa ini.

Bagaimanapun, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak kini masih kekal di kelompok tiga terbaik Liga Super dengan 14 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI