KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dari Malaysia menjadi sensasi internet apabila mahu menjual koleksi besar kad Pokemon edisi terhad miliknya pada harga RM1.87 juta atau ditukarkan dengan sebuah kereta sport Porsche 911 Carrera 4S, lapor portal berita VNExpress.
Koleksi itu dimiliki oleh Damiral Imran dan diiklankan untuk dijual di platform Facebook.
Berdasarkan aplikasi penjejak nilai kad, Shiny, keseluruhan koleksi tersebut dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
Imran turut menawarkan sekeping kad yang paling menjadi buruan peminat iaitu One Piece bernilai kira-kira RM50,000 secara percuma kepada pembeli.
Dia juga akan memberikan komisen sebanyak RM50,000 kepada individu yang berjaya menemukan pembeli koleksinya.
Menurut Imran, bidaan tertinggi yang diterima setakat ini mencecah RM1.68 juta.
“Ini bukan hanya kad, ia adalah sejarah dan warisan dalam satu koleksi,” tulisnya di platform Facebook.














