fbpx
Ida Riswana Idris ketika berucap pada Majlis Konvensyen Pegawai Pemasaran Siri 2.0 di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

Konvensyen Pegawai Pemasaran Andalusia 2.0 hargai usaha wakil jualan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih 300 pegawai pemasaran dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak hadir memeriahkan Konvensyen Pegawai Pemasaran Andalusia 2.0 yang diadakan bagi menghargai peranan mereka mempromosikan pakej umrah syarikat itu.

Program tahunan anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. itu turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara pengurusan dan ejen selain memberi pengisian berkaitan strategi pemasaran semasa.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, konvensyen kali ini diadakan bagi meraikan jasa serta komitmen ejen yang menjadi tulang belakang kejayaan Andalusia dalam industri umrah.

“Walaupun kami mempunyai 65 cawangan di seluruh negara, ramai jemaah sebenarnya berhubung secara langsung dengan pegawai pemasaran. Mereka inilah yang menyampaikan maklumat, memberi khidmat nasihat dan membantu jemaah dari awal hingga pulang ke tanah air,” katanya.

Menurutnya, Andalusia kini mempunyai kira-kira 2,000 pegawai pemasaran aktif dan menyasarkan peningkatan kepada 10,000 ejen berdaftar menjelang 2026.

Beliau berkata, konvensyen siri kedua itu turut memberi tumpuan kepada aspek digitalisasi dan peningkatan mutu perkhidmatan, selaras dengan kehendak semasa pelanggan.

“Kalau siri pertama dulu kita banyak fokus kepada digitalisasi, kali ini kita tekankan pula pentingnya servis dan penyantunan kepada jemaah. Servis yang baik ialah kunci kepada kepercayaan,” ujarnya.

Katanya, hasil usaha gigih ejen, Andalusia berjaya menyantuni lebih 16,000 jemaah musim lalu dengan anggaran jualan sekitar RM100 juta.

“Jumlah ini meningkat berbanding 10,000 jemaah pada tahun sebelumnya. Ini bukti ejen kita bekerja keras walaupun ramai antara mereka bergerak secara individu tanpa pejabat,” katanya.

Menjelang musim umrah 1448H, Andalusia menyasarkan kehadiran antara 55,000 hingga 60,000 jemaah, berbanding 47,000 yang telah berdaftar setakat ini.

Dalam masa sama, Ida Riswana menegaskan bahawa hanya individu yang memenuhi kriteria amanah dan berintegritiakan dilantik sebagai ejen Andalusia.

“Kami perlu pastikan setiap ejen benar-benar jujur dan bertanggungjawab kerana mereka membawa nama Andalusia serta menguruskan urusan kewangan jemaah,” katanya.

Beliau turut menggalakkan lebih ramai individu menyertai keluarga Andalusia sebagai ejen pemasaran memandangkan syarikat itu turut menawarkan peluang pendapatan dalam pelbagai produk lain termasuk penjualan kurma dan insurans.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI