fbpx
Mohamad ketika berucap di Pitas, Sabah hari ini.

Hasil padi di Pitas naik dua kali ganda, menteri puji pesawah Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usaha memodenkan sektor pertanian di Sabah membuahkan hasil apabila tuaian padi di kawasan Projek Modenisasi Estet Padi (MEP) Kampung Kabatasan Laut, Pitas meningkat dua kali ganda daripada tiga kepada enam tan sehektar semusim.

Perkara itu dikongsikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang menghadiri sesi libat urus bersama pesawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas dan meninjau projek berkenaan lawatan kerja pertamanya ke daerah itu.

“Ini bukan sekadar angka, tetapi bukti kejayaan hasil kerjasama erat kerajaan, peladang dan komuniti setempat. Bila hasil meningkat, pendapatan pesawah bertambah, sekali gus membantu rakyat Pitas keluar daripada garis kemiskinan,” katanya. Projek berkeluasan hampir 150 hektar itu menjadi simbol keberkesanan pendekatan Kerajaan Madani dalam memperkukuh sektor pertanian, khususnya di Sabah bagi meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negara.

Menurut Mohamad, kerajaan melalui kementeriannya kekal komited memperkukuhkan sektor itu dengan peruntukan RM6.87 bilion bagi 2026 peningkatan tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dalam lawatan itu, Mohamad turut menyerahkan dua buah traktor `full rubber track’, tiga jentuai mini bernilai RM910,000 dan sumbangan asnaf peladang berjumlah RM20,000 kepada 100 penerima di bawah PPK Pitas.

“Kita mahu pastikan sumber makanan negara sentiasa cukup dan terjamin. Bila pesawah kita maju, negara juga akan lebih makmur,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI