fbpx
WOLTEMADE (kiri) berjaya menyesuaikan diri dengan cepat bersama Newcastle menyebabkan peminat tidak begitu merasai kehilangan Isak. - AFP

EPL: Newcastle tak salah pilih Woltemade

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Prestasi memukau yang dipamerkan oleh penyerang kelahiran Jerman, Nick Woltemade dianggap sesuatu yang mengejutkan meskipun ramai mengkritik pembelian termahal Newcastle United itu.

Perkara itu diakui oleh pemerhati Liga Perdana Inggeris (EPL) yang juga bekas pemain Scotland, Pat Nevis selepas melihat Woltemade tidak mempunyai masalah untuk sesuaikan diri dengan kancah bola sepak England.

Menurut Nevin, pemain berusia 23 tahun itu boleh dianggap antara penyerang paling sesuai buat The Magpies selepas mengisi kekosongan Alexander Isak yang berhijrah ke Liverpool pada jendela perpindahan lepas.

“Saya rasa semua orang tertipu dengan keterampilan serta latar belakang Woltemade. Secara jujur, saya terpukau dengan prestasinya bersama Newcastle sejak daripada debut pertama lagi.

“Mungkin ramai berpendapat daripada aspek teknikal, Isak adalah pemain yang lebih berkualiti tetapi Woltemade juga tidak kurang hebatnya. Dia telah memberi dimensi berbeza buat pasukan itu musim ini.

“Saya percaya dia adalah pemain yang sempurna buat Newcastle dan penyerang yang mereka perlukan. Dia juga cukup rajin di atas padang dan kini menjadi salah seorang pemain kegemaran penyokong,” katanya.

Woltemade yang telah menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan bersama Newcastle dijangka menjadi sandaran jurulatih, Eddie Howe untuk perlawanan getir menetang Fulham, malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI