fbpx
Suami mangsa wanita dalam kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, dibawa untuk dibebaskan dengan jaminan di Mahkamah Bukit Mertajam, hari ini. Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

Dua beranak dibunuh: Suami, kenalan mangsa dibebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Suami kepada mangsa pembunuhan tragis di kediaman sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, Sabtu lalu sudahpun dibebaskan dengan jaminan mahkamah selepas tempoh reman terhadapnya selama tujuh hari berakhir hari ini.

Pengawal keselamatan berusia 57 tahun bersama seorang lagi kenalan mangsa berumur 45 tahun itu diberi jaminan sebanyak RM5,000 dan dua penjamin oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit.

Terdahulu, suami mangsa dibawa ke mahkamah berkenaan dalam keadaan sugul, mengenakan pakaian kemeja-T biru lembut dengan kedua-dua tangan bergari pada pukul 9.40 pagi tadi.

Mereka dilihat keluar dari mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi tadi dengan masing-masing menaiki kenderaan saudara-mara dan rakan.

Dalam pada itu, usaha pihak media untuk menemubual suami mangsa di luar pekarangan mahkamah gagal apabila lelaki terbabit dibawa ahli keluarganya menggunakan laluan lain, dengan menaiki kenderaan yang di parkir berdekatan pintu pagar utama bangunan berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI