fbpx
GAMBAR fail Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit ketika memerintah Thailand. - Foto AFP

Bonda Raja Thailand mangkat usia 93 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Bekas Permaisuri Thailand, Sirikit iaitu bonda kepada Raja Vajiralongkorn mangkat lewat semalam pada usia 93 tahun, demikian menurut kenyataan istana.

Sirikit juga isteri kepada raja paling lama memerintah dalam sejarah negara itu, Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada 2016.

Raja Vajiralongkorn telah menitahkan ahl-ahli keluarga diraja untuk memulakan tempoh berkabung selama setahun, kata pihak istana.

Menurut kenyataan istana, Sirikit telah lama gering dan dirawat di hospital sejak 2019, termasuk mengalami jangkitan darah pada bulan ini.

“Keadaan kesihatan (Sirikit) semakin merosot sehingga semalam  dan mangkat di Hospital Chulalongkorn pada usia 93 tahun,” tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan istana, jasad bekas Permaisuri Sirikit akan disemadikan di Istana Diraja, Dewan Dusit Thorne, Bangkok.

Keluarga diraja Thailand amat dihormati dan dimuliakan oleh rakyat, sering menerima liputan media yang penuh pujian, manakala potret berhias emas digantung di ruang awam serta kediaman penduduk di seluruh negara.

Sepanjang 66 tahun perkahwinannya dengan Raja Bhumibol Adulyadej, Sirikit membina imej dwi peranan iaitu sebagai ikon fesyen dan ibu penyayang. 

Beberapa media Barat turut menampilkan wajahnya di muka depan majalah, malah membandingkannya dengan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Jackie Kennedy iaitu isteri kepada bekas Presiden AS, John F. Kennedy. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI