fbpx
Anggota APM membantu memindahkan seorang warga emas yang diserang strok ketika banjir melanda Kampung Baru Jemerli, Kulim. – FOTO APM

Banjir: Jumlah mangsa di tiga negeri hampir 6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 5,874 mangsa daripada 1,874 keluarga dipindahkan ke 47 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di tiga negeri di utara setakat pukul 9 pagi tadi.

Menurut laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan mangsa di Kedah, Pulau Pinang dan Perak dilaporkan semakin meningkat.

“Di Kedah, terdapat 14 PPS termasuk lapan di Kulim, Baling (4) dan Kuala Muda serta Pokok Sena masing- masing satu dibuka bagi menempatkan 1,864 mangsa daripada 585 keluarga,” ujarnya.

Menurut laman web itu, seramai 778 mangsa daripada 212 keluarga terjejas di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

“Di Seberang Perai Tengah melibatkan 217 mangsa manakala Barat Daya Pulau Pinang pula 31 mangsa yang ditempatkan di tujuh PPS,” katanya.

Bagi daerah Larut, Matang dan Selama di Perak mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2,055 mangsa daripada 723 keluarga. Seramai 616 mangsa daripada 199 keluarga pula direkodkan di Manjung.

“Di Perak Tengah, seramai 110 mangsa daripada 31 keluarga terjejas manakala Kerian merekodkan 203 mangsa daripada 57 keluarga,” tambahnya.

Mangsa banjir itu terdiri daripada 4,093 dewasa, 1,658 kanak-kanak serta 123 bayi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI