SELEPAS dikejutkan dengan berita Nubhan menceraikan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, menyusul pula kisah si cantik Uqasha memfailkan cerai terhadap suaminya, Kamal Adli. Kisah rumah tangga pasangan pelakon popular itu berantakan sudah lama berkompang bahkan ramai boleh ‘tangkap’ ada masalah daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Uqasha sebelum ini. Kalau sudah muncul kisah cerai-berai, ramailah jaguh ‘terpaling’ muncul sebagai pengulas baik dalam kalangan netizen mahupun penggiat seni. Namun, saya tertarik dengan perkongsian pelakon Raja Ilya yang kini menetap di negara kanggaru.…














