fbpx
Gambar hiasan.

Empat negeri di utara diminta waspada banjir, hujan berterusan hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada berkuat kuasa sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu diramal melanda beberapa negeri di utara melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Keadaan cuaca itu berkemungkinan menyebabkan paras air di kawasan rendah meningkat dan berisiko berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat berterusan,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada terutama penduduk di kawasan berisiko dan sentiasa peka dengan maklumat dan amaran cuaca terkini.

Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial rasmi jabatan. – KOMSO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN