PETALING JAYA – Suasana sebuah sekolah mencuri tumpuan ramai apabila beberapa ekor siamang turut ‘menyertai’ warga pendidik di kawasan sekolah.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @fie_daa93, kelihatan beberapa ekor siamang duduk dengan tenang di hadapan bilik guru, sementara seorang guru dilihat memberikan makanan kepada haiwan berkenaan.
“Selain anak murid, ada lagi anak lain yang perlu dijaga,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang turut terhibur dengan gelagat comel haiwan tersebut.
“Ni kalau bergaduh dengan anak murid mesti kena banding kan? “Kamu tengok siamang tu elok je duduk diam, tapi kenapa kamu semua bising! Cikgu tukar kamu jadi siamang nak?”,” komen Abunn.
“Ku sangka kan seekor. Hati-hati cikgu risau nanti dia bagitahu geng-geng dia suruh datang sekolah. Tau-tau esok ramai dah beratur dekat perhimpunan pagi,” kata @missarana95
“Ni pelajar pertukaran baru ke cikgu?,” komen Intan. – KOSMO! ONLINE
@fie_daa93 Selain anak murid..ada lagi anak lain yang perlu di jaga 🤣🤣🤣#siamang ♬ 搞笑滑稽搞怪 – MrM














