fbpx
Mohammed Azman ketika sesi lawatan di Festival Mega i LINDUNG u 2025 di pekarangan Stadium Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Usia 40 Tahun Hilang Kerja, Festival i-LINDUNG Jadi Sinar Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Usia 40 tahun yang sering disifatkan kemuncak kerjaya bertukar detik paling mencabar buat Low Jian Hao apabila terpaksa kembali mencari kerja dalam keadaan dua anak kecil masih kecil.

Jian Hao berkata, dia kehilangan. kerja sejak dua bulan lalu selepas syarikatnya membuat penstrukturan semula pekerja dengan pampasan sebulan gaji.

Dia yang mempunyai 17 tahun pengalaman dalam bidang jualan mengakui realiti mencari kerja pada usia matang bukan sahaja menuntut kekuatan mental bahkan berdepan persepsi terhadap kemampuannya.
“Saya pernah bekerja di enam syarikat dengan gaji sekitar RM10,000. Namun bila hilang kerja, rasa seperti semuanya perlu bermula dari kosong semula dan amat mencabar.

“Ada banyak komitmen. Saya bernasib baik ada bantuan Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso (EIS) untuk tampung sedikit sebanyak perbelanjaan,”katanya ketika ditemui di Festival Mega i LINDUNG u 2025 di pekarangan Stadium Shah Alam hari ini.

Jian Hao memaklumkan telah membuat 10 permohonan kerja namun hanya sekali dipanggil temu duga di sekitar Kuala Lumpur.

Seorang lagi pencari kerja, Asmaa Irdina Adnan, 28, hadir dengan harapan memperoleh kerja baharu termasuk dalam bidang pentadbiran atau sumber manusia.

Asmaa yang memiliki Ijazah Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama di Kapar., Klang.

“Saya nak naik taraf kerjaya. Berdasarkan resume, ramai kata saya sesuai dalam bahagian pentadbiran. Untuk permulaan, saya sasarkan gaji sekitar RM2,800.

“Sangat diakui persaingan agak hebat kerana ramai pemohon dalam bidang berkenaan terdiri daripada graduan yang lebih ‘fresh’ dan mempunyai kelayakan lebih tepat,” katanya yang turut menjalankan perniagaan dalam talian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan festival itu menyediakan Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs, dengan menawarkan hampir 1,000 peluang pekerjaan daripada syarikat terkemuka.

“Khidmat kerjaya yang disediakan merangkumi semua golongan sama ada masih bekerja, hilang pekerjaan, atau terkesan akibat penutupan syarikat serta langkah pengurangan pekerja.

“Menerusi sokongan itu, mereka bukan sahaja dibantu memperoleh pampasan sewajarnya, malah dibimbing sehingga berjaya ditempatkan dalam pekerjaan baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI