KUALA LUMPUR – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) memeterai 30 kerjasama strategik bersama rakan industri dan universiti antarabangsa sekali gus memperkukuh jaringan global dan memperkasa sinergi dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan berwawasan.
Pro-Canselor UPTM, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengukuhan kerjasama itu bagi memastikan pasaran graduan terus relevan dan berdaya saing menunjukkan kebolehpasaran graduan pada tahap memberangsangkan.
“Saya mengucapkan tahniah kepada UPTM. Walaupun baharu berusia tiga tahun, mereka telah ke hadapan dalam menjalin hubungan serta kerjasama strategik dengan industri. Tahun ini, kita mencapai kadar kebolehpasaran sebanyak 93 peratus, manakala dalam konteks Mara secara keseluruhan ialah 97 peratus, sekali gus menunjukkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan institusi pendidikan lain pada masa ini,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkata demikian selepas merasmikan penganjuran Academia-Industry Collaboration (AIC) 3.0: Celebrating UPTM Students’ Excellence and Future Career semalam.
Ia jelas menzahirkan aspirasi UPTM dalam memperkukuh kedudukan sebagai institusi pendidikan tinggi progresif dan berdaya saing global.
AIC 3.0 mencerminkan aspirasi UPTM untuk memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang progresif dan berdaya saing global.














