fbpx
ESTEVAO meledak satu gol ketika membantu Chelsea mudah melepasi cabaran Ajax awal pagi semalam. - AFP

UCL: Bintang muda bantu Chelsea menyerlah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea terus memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas membelasah Ajax 5-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Lebih manis, The Blues turut mencatat sejarah tersendiri apabila tiga pemain remaja menjaringkan gol dalam satu perlawanan selepas Marc Guiu, Estevao dan Tyrique George masing-masing melakukan jaringan.

Selain tiga pemain itu, dua lagi gol Chelsea dijaringkan Moises Caicedo dan Enzo Fernandez manakala gol saguhati Ajax hadir menerusi Wout Weghorst.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menyifatkan perlawanan itu merupakan sesuatu yang cukup bersejarah apabila menyaksikan pemain-pemain remaja menjadi tulang belakang atas kemenangan tersebut.

“Saya sangat bangga kerana ini merupakan malam yang cukup istimewa buat pasukan, terutamanya pemain-pemain muda. Guiu, Estevao dan George terus menjaringkan gol-gol penting untuk pasukan ini.

“Secara keseluruhan, mereka memainkan peranan cukup penting pada perlawanan hari ini (semalam). Kami menampilkan aksi cukup baik dan yang paling penting adalah kami mengutip tiga mata,” katanya.

Mengulas aksi ditampilkan Estevao, Maresca menyuarakan rasa lega apabila pemain Brazil itu menunjukkan keyakinan cukup tinggi selain tidak berdepan sebarang masalah merencana serangan ke arah gol lawan.

“Biasanya anda agak risau dengan pemain-pemain muda yang jarang beraksi tetapi Estevao berbeza. Dia bermain sangat tenang, yakin selain sentiasa merendah diri,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN