fbpx
BELLINGHAM muncul wira Real apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Juventus di Santiago Bernabeu awal pagi semalam. - AFP

UCL: Bellingham jadi wira Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso mengakui teruja apabila Jude Bellingham kembali berada pada prestasi terbaik untuk membantu pasukan melakar kemenangan 1-0 ke atas Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Bellingham muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal untuk memastikan pasukan kekal dengan rekod bersih selepas meraih tiga kemenangan dalam kempen kali ini.

Menurut Alonso, apa yang dipamerkan oleh Bellingham sangat luar biasa kerana dia berjaya menjadi jeneral di tengah padang untuk menghalang skuad The Old Lady daripada mendominasi perlawanan.

“Saya rasa Bellingham pamerkan prestasi sempurna kerana sumbangannya lebih daripada sekadar menjaringkan gol. Saya rasa dia kini kembali berada pada tahap terbaik selepas membantu pasukan di posisi pertahanan dan jentera serangan.

“Dia adalah pemain tengah yang berbakat kerana berkebolehan beraksi di pelbagai posisi dan saya rasa dia wajar dianggap antara pemain paling sempurna di dunia,” kata Alonso.

Mengulas mengenai perlawanan, Alonso percaya keputusan tersebut menaikkan semangat pasukan sebelum mengharungi aksi getir El Clasico menentang Barcelona pada minggu ini.

“Seperti yang dijangka, ini adalah perlawanan yang sengit kerana pada penghujung saingan kita terpaksa bertahan. Juventus membariskan tiga penyerang dan taktikal yang kita lakukan adalah normal,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN