fbpx
Pasupathi Ratnam menunjukkan tangan kanannya yang cedera akibat letupan mercun ketika ditemui di Hospital Kulim, baru-baru ini. – Foto oleh AZAHAR HASHIM/KOSMO!

Tiga mangsa letupan mercun selamat jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seramai lima mangsa letupan bunga api di sini Isnin lalu yang dirawat di Hospital Kulim telah dibenarkan pulang dengan rawatan susulan.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kesemua pesakit itu merupakan antara 21 mangsa yang dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim sejurus kejadian.

Katanya, seorang mangsa yang mengalami kecederaan di kepala telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. “Manakala lima mangsa pula telah dimasukkan ke wad Hospital Kulim untuk rawatan lanjut akibat kecederaan dengan tiga daripadanya selamat menjalani pembedahan.

“Kini kelima-lima mangsa yang dimasukkan ke wad hospital telah dibenarkan pulang dengan rawatan susulan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, seramai 15 lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital.

“Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bersimpati dengan apa yang berlaku kepada mangsa dan mendoakan mereka yang cedera segera sembuh,” tambah kenyataan itu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sekumpulan orang awam yang berkumpul bagi melihat pertunjukan bunga api sempena Deepavali di Jalan Paya Besar, di sini kira-kira pukul 12.45 tengah malam Isnin lalu, cedera akibat terkena letupan mercun.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mercun jenis kelapa dipasang secara terbalik oleh seorang lelaki dalam keadaan mabuk menyebabkan mercun tersebut meletup di bawah.

Susulan itu, dua rakan iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN