JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Bogor, wilayah Jawa Barat terkejut apabila melihat air sungai di tempat mereka berubah menjadi warna merah, lapor portal berita Detik.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bogordaily.net menunjukkan air Sungai Cipakancilan itu mengalir dalam warna merah gelap.
Ketua Agensi Alam Sekitar, Deni Wismanto berkata, pihaknya akan menyiasat punca fenomena aneh itu.
“Kami akan menyiasat untuk mengetahui puncanya. Setakat ini, kami masih belum mempunyai sebarang maklumat,” kata Deni hari ini.
Penghulu Bondongan, Yanti Maryanti mengatakan bahawa perubahan warna di Sungsi Cipakancilan berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) tadi.
“Tiada kilang atau industri di Bondongan. Masih belum jelas punca keadaan, namun air sungai kini tidak lagi merah,” katanya. – AGENSI














