fbpx
KEKALAHAN Soon Huat-Shevon telah menamatkan cabaran skuad beregu campuran negara di Terbuka Perancis selepas Tang Jie-Ee Wei turut tersingkir. - AFP

Terbuka Perancis: Cabaran beregu campuran berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Cabaran Malaysia dalam acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis berakhir selepas gandingan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai tersingkir

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne sebentar tadi, pasangan No.9 dunia itu tewas 18-21, 16-21 kepada pilihan kedua dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Walaupun sudah memberikan tentangan sengit dalam kedua-dua set permainan, namun Soon Huat-Shevon terpaksa akur tewas dalam tempoh 43 minit dan gagal ke separuh akhir.

Keputusan tersebut menyaksikan pasangan suami itu tersingkir empat kali berturut-turut di suku akhir selepas turut mengalaminya pada Terbuka Denmark, Terbuka Arctic dan Terbuka Korea sebelum ini.

Menerusi kekalahan Soon Huat-Shevon, tiada lagi kelibat pemain negara dalam acara beregu campuran selepas juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut tersingkir hari ini.

Sebagai rekod, Soon Huat-Shevon banyak menamatkan kejohanan musim ini di suku akhir dengan pencapaian terbaik mereka adalah mara ke separuh akhir sebanyak dua kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN