fbpx
TAT MENG menunjukkan surat serta bunga yang dikirim kepadanya. - FB WONG TAT MENG

Tat Meng gembira Hannah, MSN hantar bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih perseorangan lelaki negara, Wong Tat Meng mendapat semangat tambahan dalam proses pemulihan selepas terus menerima kata-kata semangat daripada warga sukan tanah air.

Terbaharu, jurulatih berusia 58 tahun itu menerima kiriman bunga daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Majlis Sukan Negara (MSN).

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini, Tat Meng mengucapkan penghargaan atas tanda ingatan tersebut, lebih-lebih lagi beliau sedang menjalani proses pemulihan di Australia.

“Terima kasih yang tulus ikhlas kepada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta Majlis Sukan Negara atas kiriman bunga dan ucapan yang penuh perhatian.

HANNAH (kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan Tat Meng sebelum ini.

“Saya amat terharu menerima sokongan ini walaupun sedang menjalani pemulihan di Australia. Sokongan anda semua memberi semangat untuk saya terus kuat dan pulih sepenuhnya,” tulisnya.

Sementara itu, Hannah menjelaskan, kiriman surat serta bunga itu adalah bertujuan menaikkan semangat jurulatih berkenaan bagi menghadapi situasi paling sukar dalam hidupnya.

“Saya mahu Tat Meng tahu bahawa beliau tidak keseorangan dan tidak dilupakan. Malaysia sentiasa mengenang sumbangan beliau dalam sukan. Ini merupakan hadiah bagi menaikkan semangat beliau untuk kembali seperti biasa,” katanya.

Bulan lalu, Tat Meng terlibat dalam kemalangan motosikal serius di Putty Road, Garland Valley, Australia sehingga menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan rapi.

Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat pelbagai kecederaan termasuk patah pinggul, anggota bawah, muka, bahu dan leher selain kecederaan kepala serius serta tulang belakang.

Bagaimanapun, beliau sudah dilihat menjalani sesi fisioterapi awal bulan ini dalam usaha untuk kembali seperti sedia kala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN