PETALING JAYA – “Aib pasangan yang tersebar sebenarnya membuka juga aib dirimu”.
Demikian pesanan penceramah motivasi terkenal, Profesor Datuk Dr Fadzilah Kamsah mengenai cabaran hidup berumah tangga.
Beliau di media sosial berkata, setiap masalah yang dilalui oleh pasangan suami isteri harus disimpan sebaik-baiknya. “Nak, simpan elok-elok masalah rumah tanggamu. Hati-hati ya, nak,” katanya.
Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai, terdiri daripada mereka yang bersetuju mahupun berterima kasih di atas nasihat diberikan.
“Penat bah nak jaga emosi dengan mental ni. Apa pun terima kasih bah bagi nasihat,” ujar @Mimii_maelison.
“Macam mana pula mak cik yang suka buka aib anak menantu dekat orang sekeliling?” soal @Sakinah.Misnan.
“Setuju. Ada hal-hal yang lebih baik disembuhkan, bukan disebarkan,” komen @Nina.roselyn97. – KOSMO! ONLINE














