fbpx
Zambry ketika ditemui pemberita pada majlis Anugerah Akademik Negara ke-16 di Dorsett Grand Subang hari ini. FOTO: SYAKIR RADIN/ KOSMO!

Peminjam PTPTN bermasalah disaran buat penjadualan semula bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Individu yang berdepan kesukaran membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disaran segera berhubung dengan agensi itu bagi menyusun semula jadual bayaran mengikut kemampuan masing-masing.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan tidak akan menekan golongan yang benar-benar tidak mampu, terutama graduan baharu yang belum memperoleh pekerjaan tetap.

“Kita faham keadaan ekonomi mereka. Jika ada masalah, datanglah maklumkan kepada PTPTN tentang pendapatan sebenar. Saya sudah arahkan supaya pihak PTPTN menunjukkan sifat kemanusiaan dalam menguruskan hal ini,” katanya selepas Majlis Anugerah Akademik Negara Ke-16, di sini hari ini.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi membantu peminjam membuat bayaran secara konsisten tanpa terbeban.

Zambry berkata, setakat ini masih terdapat ratusan ribu peminjam yang tidak pernah membayar balik pinjaman sejak mula, namun kerajaan tetap memberi ruang kepada mereka untuk berunding dan membuat penjadualan semula.

“Kita tidak mahu menghukum, tetapi mahu mereka bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut memaklumkan berlaku peningkatan dalam kadar bayaran balik PTPTN selepas pengumuman sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam culas menerusi Belanjawan 2026, yang memberi kesan positif kepada hasil kutipan agensi itu.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN