fbpx
Gambar hiasan

PDRM tingkat rondaan di sekolah, jamin keselamatan pelajar – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan rondaan di kawasan sekolah seluruh negara bagi memastikan keselamatan pelajar dan warga pendidik sentiasa berada pada tahap terbaik.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail, berkata semua Ketua Polis Negeri telah diarahkan melaksanakan rondaan berkala melalui pelbagai unit termasuk rondaan biasa, risikan jenayah dan pasukan pemantauan khas bagi mengesan sebarang ancaman keselamatan di sekolah.

“Saya telah mengarahkan semua Ketua Polis Negeri yang menjalankan rondaan, sama ada kata-kata ronda atau unit risikan jenayah dan sebagainya. Jika perlu sampai ke kawasan sekolah untuk melihat keselamatan, mungkin dalam masa satu hingga lima minit dengan kereta ronda dan sebagainya… kita akan laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Op Pedo Bersepadu di Bukit Aman, hari ini.

Menurut beliau, langkah itu sejajar dengan dasar kerajaan dalam memperkukuh keselamatan di sekolah selepas Perdana Menteri mencadangkan penempatan anggota polis di sekolah seluruh negara.

Mohd. Khalid berkata, PDRM turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan menerusi lebih 9,000 sekolah yang mempunyai pegawai perhubungan sekolah bagi memperkukuh jaringan komunikasi dan hubungan dua hala antara pihak sekolah dan polis.

“Setiap sekolah mempunyai pegawai perhubungan yang berperanan sebagai penghubung terus antara pentadbiran sekolah dan pihak polis,” jelasnya.

Dalam masa sama, tambah beliau, PDRM akan memperluas kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menangani ancaman keselamatan digital termasuk isu keselamatan siber yang melibatkan pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN