fbpx
Salah sebuah rumah yang terlibat banjir di Taiping hari ini.

Mangsa banjir di Perak meningkat, lebih 2,800 orang dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seramai 2,806 mangsa banjir daripada 955 keluarga di negeri ini ditempatkan di 25 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini.

Jumlah itu meningkat kepada 635 orang berbanding angka yang direkodkan pada pukul 8 pagi tadi iaitu seramai 2,171 orang.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) merekodkan jumlah mangsa terbanyak seramai 2,006 orang diikuti Manjung (533), Kerian (162) dan Perak Tengah (105).

Katanya, bagi daerah LMS, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang yang dijadikan sebagai PPS merekodkan jumlah mangsa banjir teramai iaitu 398 orang daripada 127 keluarga.

“Di Manjung, daripada empat PPS yang dibuka, SK Sungai Batu di Pantai Remis mencatatkan paling ramai mangsa banjir iaitu 297 orang daripada 88 keluarga

“Di Perak Tengah pula merekodkan seramai 105 orang daripada 30 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Layang-layang Kiri, Parit.

“Di Kerian pula seramai 162 mangsa daripada 44 keluarga berada di SK Kampung Dew,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN