fbpx
BRYAN Mbeumo antara watak penting peningkatan prestasi United termasuk kemenangan 2-1 ke atas Liverpool. - MAN. UNITED

Man. United mampu jadi pencabar liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United berpotensi mencipta kejutan dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas perubahan positif akhirnya mula menunjukkan hasil di bawah kendalian Ruben Amorim di Old Trafford.

Kejayaan menewaskan juara bertahan, Liverpool di Anfield minggu lalu menyaksikan United kini berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut di pentas EPL buat kali pertama sejak Amorim dilantik pada November tahun lalu.

Walaupun Liverpool, Arsenal dan Manchester City dianggap antara tiga pencabar gelaran tetapi salah seorang bekas kejurulatihan United, Rene Meulensteen berpendapat terlalu awal untuk tidak meletakkan United dalam perebutan tersebut.

“Saya percaya akan berlaku kejutan nanti. Jika Arsenal hilang satu atau dua pemain, mungkin mereka tewas satu atau dua perlawanan dan segalanya boleh berubah.

“Arsenal, City dan Liverpool antara tiga pencabar utama tetapi jangan lupakan United jika mereka boleh kekalkan prestasi seperti ini. Tak mustahil United boleh menang tiga berturut-turut dan situasi akan menjadi berbeza.

“Cuba lihat kedudukan liga sekarang, United cuma dua mata di belakang Liverpool walaupun berdepan pelbagai masalah dalam perjalanan musim ini,” kata jurulatih dari Belanda itu.

Sebagai rekod, The Red Devils ketika ini berada di tangga kesembilan dengan 13 mata hasil empat kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan daripada lapan perlawanan musim ini.

Menariknya, United hanya ketinggalan dua mata di belakang Liverpool di kedudukan keempat dan tiga mata dengan City di tempat kedua, manakala Arsenal selesa menerajui carta EPL menerusi 19 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI