fbpx
Gambar hiasan.

Lencongan 2 laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan mulai 27 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa lencongan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan di laluan Kulai–Sedenak bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan.

PLUS dalam kenyataan berkata, pelaksanaan lencongan berkenaan akan bermula pada 27 Oktober hingga 30 Oktober ini.

Katanya, kerja-kerja tersebut akan dijalankan pada waktu malam, iaitu dari pukul 10 malam hingga 5 pagi, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. “Lencongan akan melibatkan dua laluan utama, iaitu KM34.20 hingga KM36.20 arah selatan, serta KM32.50 hingga KM34.50 arah utara di Lebuh Raya Utara–Selatan.

“Ketika kerja-kerja tersebut dijalankan, kenderaan akan dilencongkan ke laluan paling kanan bagi mewujudkan zon kerja yang selamat di samping meminimumkan gangguan trafik kepada pengguna lebuh raya,” katanya di sini hari ini.

Justeru itu katanya, pengguna lebuh raya disarankan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini.

“Pengguna juga diingatkan supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan tersebut.

“Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk kepada Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI