fbpx
Anggota bomba giat memantau keadaan banjir di 53 lokasi hotspot di lima daerah di Pulau Pinang, ketika ini.

Lagi PPS dibuka di Seberang Perai Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Seberang Perai Tengah, petang ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak lapan buah.

Menurut laman web info bencana JKM, setakat pukul 3 petang tadi, seramai 558 mangsa ditempatkan di PPS di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat Daya dengan jumlah keluarga meningkat sebanyak 181 orang.

“Seramai 758 mangsa kini ditempatkan di lapan PPS di daerah berkenaan. Berdasarkan pecahan mangsa, warga emas perempuan terdiri seramai 27 orang, warga emas lelaki (23), masing-masing enam dan satu orang kurang upaya (OKU) lelaki dan perempuan. “Ini diikuti seramai 191 lelaki dewasa, perempuan dewasa (174), kanak-kanak lelaki (98), kanak-kanak perempuan (85), bayi perempuan (8) dan bayi lelaki (2),” katanya di sini, hari ini.

Setakat pukul 3.15 petang tadi, hujan lebat dan renyai masih berlaku daerah negeri ini.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pemantauan sedang dilakukan di 53 kawasan ‘hotspot’ banjir di lima daerah negeri ini.

Ia meliputi daerah Seberang Perai Utara (6), Seberang Perai Tengah (18), Seberang Perai Selatan (6), Timur Laut (10) dan Barat Daya (13).

“Pemantauan ke lokasi banjir akan dilakukan di kawasan hotspot banjir setiap daerah yang telah dikenal pasti jika berlaku hujan lebat yang berterusan atau kenaikan paras air sungai,” katanya ketika dihubungi di sini, tadi -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI