fbpx
HANNAH (tengah) ketika merasmikan Kejohanan KBS Masters Games 2025 di MSN hari ini.

KBS Masters Games 2025 dapat sambutan hangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih 6,000 peserta menyatakan komitmen dengan menyertai Kejohanan KBS Masters Games 2025 yang sudah pun membuka tirainya bermula hari ini hingga Ahad nanti.

Melibatkan peserta berusia 40 hingga 60 tahun, kejohanan itu membuktikan bahawa golongan dewasa dan warga emas masih mampu untuk bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, penganjuran Masters Games membuktikan betapa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai Negara Sukan.

“Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penglibatan aktif golongan dewasa dan warga emas dalam mengekalkan kesihatan fizikal serta kesejahteraan mental.

“Ia sejajar dengan usaha untuk memperkukuhkan kesejahteraan komuniti menjelang status Malaysia sebagai negara menua pada 2048.

“Menerusi pendekatan itu, isu kesihatan seperti obesiti, diabetes dan sakit jantung dapat dicegah selaras dengan prinsip ‘mencegah lebih baik daripada merawat’,” katanya pada majlis perasmian kejohanan itu di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KBS, Datuk Dr. K. Nagulendran serta Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin.

Masters Games 2025 yang sudah memasuki edisi kedua itu menampilkan 23 acara sukan termasuk hoki, akuatik, berbasikal, bola sepak boling padang dan badminton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN