fbpx
Siti Aminah Hussin menunjukkan tali yang digunakan untuk menyelamatkan ahli keluarganya selepas rumah mereka dilanda banjir kilat di Kampung Paya Tok Betuk, Kulim semalam. - Foto oleh AZAHAR HASHIM

‘Kami redah air deras guna tali diikat pada pokok buluh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – “Saya dan suami cemas apabila terpaksa berpaut pada tali yang diikat dari tiang rumah ke pokok buluh untuk menyelamatkan diri selepas air naik dengan cepat sehingga paras pinggang.”

Demikian cerita Mariam Yahya, 65, salah seorang mangsa banjir di Kampung Paya Tok Betuk, di sini hari ini.

Menurutnya, air mula masuk ke rumahnya kira-kira pukul 6.45 petang semalam selepas Sungai Kulim yang terletak pada jarak 50 meter melimpah ekoran hujan lebat berpanjangan. “Air melimpah dengan cepat dan deras dan memenuhi rumah dalam masa kurang 15 minit menyebabkan saya sekeluarga tidak sempat menyelamatkan banyak barang.

“Waktu itu saya dan suami (Hussin Junus,72) bersama anak perempuan, menantu dan cucu berada di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, bimbang paras air semakin meningkat, menantunya, Hafizul Naim Yahya, 26, dan jiran bertindak memasang tali dari satu tiang ke serumpun pokok buluh di hadapan rumah pada jarak kira-kira 30 meter

“Tali itu digunakan untuk kami menyeberang ke tempat selamat. Saya gagahkan diri walaupun mengalami sakit lutut.

“Saya dan suami berjaya menyeberang dengan bantuan menantu dan jiran sebelum berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Paya Tok Betuk, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI