fbpx
GAMBAR fail seorang anggota tentera membersihkan taman di Washington DC. - Foto AFP

Kakitangan awam Amerika Syarikat belum dapat gaji 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) gagal meluluskan rang undang-undang (RUU) yang diusulkan parti pemerintah, Parti Republikan bagi membayar gaji kakitangan awam persekutuan, lapor saluran  berita CBS semalam.

Kegagalan meluluskan RUU itu turut menyebabkan anggota tentera dan kontraktor tidak mendapat gaji pada hari ke-23 penutupan kerajaan AS

RUU itu dikenali sebagai Akta Keadilan Semasa Penutupan Kerajaan AS dan diperkenalkan oleh Senator Republikan, Ron Johnson dari Wisconsin.

Ia memerlukan sokongan termasuk undi pembangkang daripada Parti Demokrat bagi mendapatkan 60 undi bagi meluluskannya. 

Namun, RUU itu hanya mendapat 54 undi menyokong dan 45 lagi menentang, manakala hanya tiga senator Parti Demokrat menyokongnya.

Parti Republikan berkata, RUU itu akan memberi kelegaan yang diperlukan kepada penjawat awam yang masih bertugas tetapi tidak mendapat gaji mereka.

Namun, Parti Demokrat berhujah bahawa RUU itu akan memberi kuasa terlalu luas kepada Presiden Donald Trump untuk menentukan kakitangan agensi  mana yang akan dibayar gaji dan sebaliknya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN