fbpx
Gambar hiasan.

Jaga-jaga orang utara, Pantai Timur amaran ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan penduduk di negeri Utara dan Pantai Timur bakal berdepan cuaca buruk sehingga sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, antara kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak manakala di Kelantan membabitkan Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang.

“Selain itu, ribut petir turut dijangka melanda Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu,” katanya hari ini.

Katanya, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh, Pahang.

Di Selangor, hujan lebat diramalkan melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Bagi Sarawak, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri dan Limbang turut terlibat dalam amaran ribut petir itu.

Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN