fbpx
Kempen 30 Tahun Bersama merekodkan jualan tertinggi berjumlah RM437 juta dalam tempoh tiga bulan bagi IOIPG di Wilayah Selatan.

IOIPG raih jualan RM437 juta di Wilayah Selatan dalam 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kempen 30 Tahun Bersama oleh IOI Properties Group Berhad (IOIPG) yang diadakan dari 1 April hingga 30 Jun 2025 merentasi pembangunan perbandaran bersepadu Kumpulan di Johor berjaya meraih jualan RM437 juta.

Kempen tersebut, yang menampilkan perbandaran dan pembangunan terkenal iaitu Bandar Putra Kulai, Taman Lagenda Putra, Taman Kempas Utama, dan Bandar IOI Segamat telah menarik 558 pembeli yang menempah unit hartanah kediaman, komersial dan perindustrian.

Ketua Pegawai Operasi – Wilayah Selatan Kumpulan IOIPG, Lim Beng Yeang berkata, pencapaian jualan tertinggi dalam tempoh tiga bulan itu menegaskan kepercayaan pembeli dan pelabur terhadap jenama IOI Properties sebagai pemaju induk yang dipercayai.

“Ia jelas menunjukkan keyakinan kukuh terhadap standard kualiti dan kecemerlangan dalam penawaran kami, dengan 33 peratus pembeli adalah dari di luar Johor dan lima peratus merupakan pelabur asing.

“Permintaan untuk pemilikan rumah dalam perbandaran, projek dan pembangunan utama kami adalah jelas, kerana 94 peratus daripada pembelian adalah untuk hartanah kediaman.

“Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pelanggan dan berharap dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka menuju kemakmuran di perbandaran kami di Johor,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebanyak 60 hadiah ditawarkan dalam kempen berkenaan, termasuk cabutan bertuah pada 28 September lalu untuk memilih pemenang hadiah utama, iaitu pakej pelancongan antarabangsa untuk dua orang bernilai RM80,000 bagi perjalanan ke 30 destinasi antarabangsa.

Selain itu, terdapat cabutan bertuah bulanan yang menampilkan pelbagai peralatan elektrik berjenama dan ganjaran gaya hidup untuk pemenang bertuah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN