fbpx
Gambar hiasan

Hukuman rotan bukan penyelesaian 100 peratus – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hukuman merotan hanya salah satu komponen dan bukan penyelesaian 100 peratus kepada isu disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, rotan dilihat sebagai alat untuk mendisiplinkan, tetapi tidak semestinya menangani akar masalah.

Menurut beliau, antara masalah itu yang berlatar belakang masyarakat, seperti isu keluarga, ekonomi atau pengaruh media sosial. “Walaupun sesetengah pihak berpendapat hukuman rotan wajar dipertimbangkan semula, cabarannya pada menggariskan syarat ketat pelaksanaannya. “Bagi mengelak penyalahgunaan dan yang lebih penting untuk mengurus tindak balas ibu bapa yang boleh membawa kepada tuntutan atau pertikaian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, kegagalan mendapat mandat sosial daripada ibu bapa akan menjadikan dasar merotan tidak berkesan dan kontroversi.

Beliau berkata, Jepun pada peringkat awal persekolahan, tumpuan diberikan kepada pembentukan nilai dan disiplin diri berbanding semata-mata terhadap silibus pelajaran.

Kata beliau, pelajar dilatih untuk menghayati nilai-nilai penting seperti kebersihan dan tanggungjawab.

“Sekolah mereka tidak mempunyai tukang sapu, sebaliknya murid sendiri yang membersihkan kawasan sekolah.

“Pendekatan ini menekankan bahawa pembentukan nilai dan sikap lebih utama daripada pencapaian akademik semata-mata,” katanya.

Tambah beliau, banyak aktiviti lain dijalankan untuk membentuk sahsiah dan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN