PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lapan negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, Perlis, Kedah,Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan Labuan dilanda cuaca buruk.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas dalam ramalan cuaca buruk ialah seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Selain itu, amaran hujan berterusan berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, Perak.
“Di Selangor, ribut petir turut dijangka di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat,” ujarnya.
Bagi negeri Sarawak, kawasan yang diramal hujan lebat adalah Mukah dan Miri (Subis dan Miri).
Di Sabah, Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) turut terlibat dalam cuaca buruk itu.
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Labuan. -KOSMO! ONLINE














