PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir seluruh negeri sehingga 4 petang nanti.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Selain itu, Kelantan turut terjejas membabitkan daerah Jeli manakala di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. “Hujan lebat dan angin kencang juga diramal melanda Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong manakala Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” katanya.
Turut terlibat ialah seluruh negeri Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sementara itu, di Sarawak, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Betong (Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Lawas).
Di Sabah, cuaca sama diramal melanda Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE














