fbpx
PELUMBA AEON CREDIT SIC Racing MSI, Hakim Danish cemerlang di Sepang. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Hakim Danish mahu cabar kelompok hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pelumba wildcard negara, Hakim Danish Ramli tidak gentar dengan reputasi barisan pelumba Moto3 yang lebih berpengalaman daripadanya, sebaliknya menegaskan tekad untuk mencabar kedudukan grid terbaik selepas layak terus ke sesi Kelayakan Dua (Q2) Grand Prix (GP) Malaysia, esok.

Biarpun sedar bakal berdepan cabaran hebat, terutama daripada bekas juara Red Bull MotoGP Rookies Cup 2022, Jose Antonio Rueda, Alvaro Carpe (2024) dan Brian Uriarte (2025), Hakim menganggap ia sebagai peluang terbaik untuk menguji kemampuannya bersaing dengan pelumba elit dunia.

“Alhamdulillah, untuk hari pertama ini saya tak sangka boleh dapat keputusan macam ini. Saya terus cuba ‘push’ dan perbaiki diri setiap sesi. Saya memang seronok bawa jentera Moto3 ini di Sepang.

“Aksi terbaik saya di Sepang juga dibantu pasukan saya dari JuniorGP yang juga barisan kru MT yang datang ke Malaysia untuk bantu saya. Jadi, dari segi komunikasi dan setup, semuanya berjalan lancar sebab mereka dah faham keperluan saya.

“Jika diikutkan, catatan masa saya dengan pelumba hadapan jurang tidak terlampau sangat, hampir-hampir. Saya rasa insya-Allah saya akan cuba untuk bersaing dengan dia orang terutama pelumba yang saya kenal di Red Bull Rookies.

“Selepas ini, saya akan fokus kepada pace perlumbaan. Saya tak fikir sangat pasal petak permulaan. Esok saya cuma nak ‘full gas’ bagi yang terbaik di Q2 dan tengok di mana kedudukan saya nanti,” katanya.

Pada sesi latihan tersebut, anak jati Terengganu itu mencatat masa 2 minit 11.820 saat (s), sekali gus menempatkan dirinya di kedudukan ke-11 terpantas, yang menghadiahkannya tiket automatik ke Q2 bersama barisan pelumba elit dunia.

Sesi latihan itu turut menyaksikan pelumba Red Bull KTM Ajo, Jose Antonio Rueda, merekodkan masa terpantas dengan 2:11.15s, diikuti rakan sepasukannya Alvaro Carpe (2:11.18s), manakala Brian Uriarte dari LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP di tempat ketiga terpantas. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI