fbpx
Pemandu e-hailing kini boleh menarik nafas lega atas keprihatinan kerajaan yang menambah had kelayakan BUDI95. – gambar hiasan

Had kelayakan 600 liter beri nafas lega buat pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Langkah Kerajaan MADANI menaikkan had kelayakan subsidi petrol RON95 bagi pemandu e-hailing, daripada 300 liter kepada 600 liter sebulan di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) merupakan keputusan yang memberi kelegaan besar kepada ribuan penggiat industri.

Ia bukan sahaja menggambarkan keprihatinan terhadap beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat, tetapi juga menegaskan komitmen untuk memastikan sistem subsidi bersasar benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Sejak pelancaran BUDI95, kerajaan memberi tumpuan supaya bantuan bahan api diagihkan secara adil dan berkesan, berdasarkan penggunaan sebenar serta keperluan penerima, sambil mengurangkan ketirisan.

Lebih 53,900 pemandu e-hai­ling sepenuh masa kini menikmati manfaat daripada penambahan ini, hasil semakan silang data antara Kementerian Kewangan (MoF) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Sistem subsidi bersasar dilihat dapat membantu golongan yang memerlukan dalam keadaan persekitaran yang mencabar. – gambar hiasan

Bagi pemandu e-hailing, petrol merupakan nadi operasi harian kerana setiap liter penggunaan akan memberi impak terus kepada pendapatan mereka.

Dengan pemberian subsidi tambahan ini, kerajaan bukan sahaja membantu mengurangkan kos operasi mereka, malah memperkukuh ekosistem ekonomi digital.

Menurut seorang pemandu e-hailing, Mohd. Azhar Md. Zain, 40, dia mula men­yedari penambahan had kelayakan BUDI95 pada hujung minggu baru-baru ini.

Jelasnya, dia memandu e-hailing secara intensif pada se­tiap hujung minggu.

Mohd Azhar

“Bagi saya secara peribadi kelayakan 600 liter sebulan itu mencukupi. Saya menggunakan Setel sebagai platform utama untuk mengisi petrol dan berdasarkan laporan bulanan yang dihantar aplikasi tersebut, penggunaan bulanan saya adalah sekitar 500 liter.

“Namun pada masa sama, pasti ada rakan-rakan lain yang memerlukan jumlah petrol lebih daripada itu memandangkan keperluan setiap orang pastinya berbeza-beza, juga bergantung kepada musim dan perayaan.

“Menjelang musim perayaan utama atau sebelum pembukaan sekolah misalnya, ramai pemandu akan bekerja lebih keras berban­ding kebiasaan dan saya berharap kerajaan dapat mempertimbang­kan permohonan daripada pemandu untuk menaikkan had kela­yakan BUDI95 mereka sekiranya ada keperluan,” katanya.

Tambah Mohd. Az­har, beliau yakin kerajaan mendengar suara dan cadangan daripada rakyat berdasarkan pelbagai penambahbaikan yang telah dilaksanakan untuk program BUDI95 setakat ini.

Isnin lalu, MoF mengumumkan siling penggunaan BUDI95 bagi pemandu e-hailing sepenuh masa telah dinaikkan sekali ganda kepada 600 liter sebulan.

Selain itu, kelayakan BUDI95 telah diaktifkan kepada lebih 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar di Sarawak, berdasarkan data yang diperoleh daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan agensi kerajaan ne­geri berkaitan.

Ia susulan pengaktifan kelayakan buat pengguna bot di Sabah dan mereka yang berdaftar di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) minggu lalu.

Pada masa sama, seramai lebih 11,400 lagi pemegang lesen memandu kini layak menerima BUDI95, yang terdiri daripada pemandu baru mendapat lesen (11,200 orang) dan pemandu yang telah memperbaharui lesen (260 orang).

Zaini Husin

Ini menjadikan keseluruhan rakyat Malaysia yang menerima manfaat BUDI95 kini berjumlah lebih 16 juta orang.

Sementara itu, seorang lagi pemandu e-hailing, Zaini Husin, 59, berkata, dia sangat berterima kasih akan keprihatinan kerajaan yang telah menambah had kelayakan BUDI95 mereka.

Jelasnya, jumlah kelayakan itu boleh dikatakan mencukupi kerana berdasarkan penggunaan semasanya sekarang, 600 liter petrol membolehkannya memandu sejauh 14,000 kilometer.

“Sudah tentu ia bergantung kepada jenis kenderaan digunakan dan saya amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan.

“Kerajaan hari ini banyak mendengar suara kami, namun bukan semua isu dapat disele­saikan sekali gus, sebaliknya pasti memerlukan masa untuk pertimba­ngan sewajarnya.

BUDI95 bukan sekadar satu skim bantuan subsidi bersasar bahan api, tetapi satu manifestasi kecekapan pentadbiran dan pendekatan berasaskan data.

Seperti disebut oleh prinsip MADANI, ‘tiada rakyat tercicir’, pe­luasan manfaat BUDI95 membuktikan bahawa kerajaan tidak hanya sekadar mendengar, tetapi cekap bertindak demi memastikan ke­se­jahteraan rakyat terus terpelihara.

Kerajaan turut menyediakan portal rasmi BUDI MADANI de­ngan ciri semakan sejarah transaksi melalui MyDigital ID, sekali gus menjamin keselamatan data dan ketelusan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI