fbpx
GABRIEL (kiri) meledak satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan dalam kemenangan 4-0 ke atas Atletico kelmarin. - AFP

Gabriel pertahanan tengah terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Tonggak pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes kini dianggap salah seorang bek tengah terbaik di dunia susulan prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini termasuk kemenangan 4-0 ke atas Atletico Madrid di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin.

Menariknya, satu gol daripada Gabriel di Stadium Emirates itu menyaksikan dia sudah meledak 22 gol dalam kariernya bersama Arsenal sejak berhijrah daripada Lille dengan harga £27 juta (RM152.31 juta) pada September 2020.

Bukan itu sahaja, Gabriel juga kini berada di ranking kedua jumlah jaringan terbanyak dalam kalangan bek tengah yang masih beraksi di EPL, menerusi 18 gol liga, di belakang bintang Liverpool, Virgil van Dijk (25 gol).

“Arsenal kini berada pada satu tahap yang berbeza musim ini. Mereka kelihatan sangat sukar dikalahkan disebabkan struktur organisasi yang cukup tersusun.

“Mereka ada kekuatan dari setiap sudut, jadi sekarang sudah tiada alasan lagi kerana mereka memiliki segala-galanya. Boleh dikatakan trofi sudah berada dalam tangan mereka.

“Malah, mereka memiliki Gabriel yang mana saya rasakan antara pertahanan terbaik di dunia buat masa ini. Boleh dikatakan juga Arsenal memiliki barisan pertahanan terbaik di Eropah,” kata bekas pemain tengah pernah beraksi di EPL, Nigel Reo-Coker.

Sebagai rekod, Gabriel telah membuat 222 penampilan bersama The Gunners dengan kebanyakannya bergandingan bersama seorang lagi tonggak pertahanan meningkat naik yang menjadi buruan banyak gergasi Eropah, William Saliba.

Gandingan Gabriel dan Saliba pastinya mampu membuatkan gawang Arsenal kebal tanpa bolos buat kali kelima berturut-turut sekali gus memastikan kemenangan ketujuh Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace di Emirates pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI