fbpx
Lokasi lelaki Bangladesh ditemui mati dipercayai akibat dijerut dalam kejadian di Teroi, Guar Chempedak dekat Yan, hari ini.

Enam buruh direman kes jerut lelaki Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Enam buruh binaan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang lelaki Bangladesh maut dipercayai akibat dijerut di sebuah rumah di Teroi, Guar Chempedak dekat sini semalam.

Suspek terdiri daripada dua lelaki tempatan dan empat lelaki Bangladesh berusia antara 29 hingga 44 tahun.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohammad Harmizi Abdullah berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan seorang buruh binaan warga Bangladesh berusia 37 tahun maut dipercayai akibat dijerut selepas bertengkar dengan rakannya yang merupakan lelaki tempatan berusia 42 tahun kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Pertengkaran berlaku apabila lelaki tempatan terbabit menegur mangsa yang lewat bersiap untuk ke tempat kerja.

Berang dengan teguran itu, mangsa mengambil sebilah parang dan melibas ke arah rakan sekerjanya yang ketika itu memegang sebatang besi.

Lelaki terbabit kemudian mencapai wayar kabel dan bertindak menjerut mangsa sehingga tidak sedarkan diri sebelum dia membuat laporan polis.

Mangsa dan suspek tinggal di rumah tersebut bersama lima lagi penghuni terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan empat lelaki Bangladesh dengan kesemua mereka bekerja sebagai buruh binaan di tapak pembinaan di Bukit Jenun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI