fbpx
Pasukan APM ketika memantau keadaan banjir di Seberang Perai, hari ini. GAMBAR IHSAN APM

7 PPS dibuka di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebanyak tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah di Pulau Pinang setakat pukul 1 tengah hari tadi bagi menempatkan 469 mangsa banjir dari 156 keluarga.

Menurut laman web info bencana JKM, bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) tiga buah PPS telah dibuka dan ia menempatkan seramai 404 mangsa dari 116 keluarga.

”Bagi daerah Seberang Perai Tengah (SPT), tiga PPS dibuka yang mana ia menempatkan 43 mangsa dari 32 keluarga. ”Selain itu, satu PPS dibuka di daerah Barat Daya menempatkan 22 mangsa dari lapan keluarga,” katanya di sini hari ini.

Menurut laman web itu, kesemua mangsa terdiri daripada 161 lelaki dewasa, 141 perempuan dewasa, 83 kanak-kanak lelaki, 77 kanak-kanak perempuan, seorang bayi lelaki dan enam bayi perempuan.

Setakat pukul 1.40 tengah hari tadi, hujan lebat turun hampir di semua daerah negeri ini.

Malah, tinjauan Kosmo! di laluan Bukit Lama di Balik Pulau mendapati jumlah kenderaan meningkat ke arah Bayan Lepas berikutan penutupan Jalan Bukit Baru sehingga Sabtu ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI