PETALING JAYA – Seramai 4,575 mangsa daripada 1,483 keluarga terlibat di tiga negeri susulan banjir kilat yang melanda setakat pukul 4 petang tadi dipindahkan ke 38 pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, memaklumkan negeri terbabit adalah Kedah, Pulau Pinang dan Perak dengan keseluruhan dilaporkan semakin meningkat.
“Di Kedah, terdapat lapan PPS termasuk tujuh di daerah Kulim dan satu PPS di Kuala Muda dibuka menempatkan seramai 1,098 mangsa termasuk 351 keluarga,” ujarnya.
Menurut laman web itu, kesemua mangsa seramai 638 dilaporkan termasuk 179 keluarga terlibat setakat ini di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
“Di Seberang Perai Tengah melibatkan 170 mangsa manakala Barat Daya Pulau Pinang 22 mangsa, ditempatkan di enam PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi daerah Larut, Matang dan Selama di Perak mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2,650 mangsa daripada 904 keluarga terlibat.
“Kesemua mangsa terdiri daripada 524 mangsa daripada 170 keluarga di Manjung direkodkan.
“Di Perak Tengah dengan 103 mangsa daripada 29 keluarga serta Kerian yang melibatkan 100 mangsa daripada 24 keluarga,” tambahnya.
Tinjauan Kosmo! mendapati mangsa termasuk 3,132 dewasa, 1,231 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta 87 bayi di keseluruhan negeri Perak.
Semua 38 PPS masih aktif di tiga negeri dengan jumlah mangsa terus meningkat masih aktif di tiga negeri dengan jumlah mangsa terus meningkat. – KOSMO! ONLINE














